Salam.. sorry lama tak update blog nie... bukan sebab apa..sebab kumpul bahan. Ok oleh kerana ramai yg selalu post dlm forum malsingmaps atau malfreemaps terutamanya new user bertanya tentang GPS unit apa yang sesuai untuk dibeli oleh mereka, saya ada buat sikit TIPS di bawah.
1. PENGGUNAAN UNIT GPS
Perlu diingat unit GPS adalah alat yang digunakan untuk mencari arah, tapi bagi tujuan apa? ada orang guna GPS untuk mencari arah atau jalan semasa memandu kereta atau motor. Ada pula yang guna semasa trekking dalam hutan atau jungle trekking. Ada pula yang guna masa memancing kat tengah laut atau berkayak atau berlayar. Kita kena tahu kegunaan GPS yang kita beli untuk memastikan kita beli unit GPS yang betul dan tidak terbeli unit yang terlalu banyak function tapi kita tak guna function tu.
Contohnya saya adalah seorang peminat aktiviti luar dan juga memerlukan unit GPS untuk memberi panduan semasa memandu jadi saya akan membeli unit GPS yang boleh digunakan semasa trekking atau memancing di laut dan juga semasa memandu (saya akan terangkan fungsi2 penting unit GPS dalam siri 2). Jadi saya memilih untuk membeli unit GPS dari jenama GARMIN dari siri GPSMAP 76csx. Tetapi jika saya hanya memerlukan unit GPS untuk memberi panduan semasa memandu kereta saya akan pilih GARMIN dari siri NUVI 205w( hanya sebagai cth banyak lagi NUVI dari siri 5xx,7xx dan lain2) ingat unit NUVI 205w hanya sesuai untuk memberi panduan semasa memandu sahaja. Ia tidak boleh dan tidak sesuai digunakan untuk trip memancing atau trekking saya.
Dengan ini saya tahu berapa saya perlu belanja untuk beli unit GPS ini dan tidak membazir membeli unit yang paling mahal tapi tak guna pun fungsi yang lain.
2. JENAMA UNIT GPS
Saya bukan ahli lembaga pengarah GARMIN atau pemegang saham syarikat GARMIN. Tetatpi saya akan syorkan beli la dari jenama GARMIN kerana mudah untuk mendapatkan peta digital secara percuma (jenama lain amat payah untuk cari peta secara percuma), Peta digital yang kita dapat secara percuma pun selalu diupdate (saya akan bgtau kat mana dan camne nk dpt peta tu), lebih mudah untuk hantar repair kalau rosak, banyak penjual yang jual jenama GARMIN (sy bole bgtau penjual yg bagus) dan mudah nak digunakan.
Ada jenama lain seperti TOM TOM, MAGELLAN dan banyak lagi jenama dari china tapi semua jenama nie memang susah nak dapt peta yang selalu diupdate. Dan kena ingat peta untuk GARMIN tak beloh guna untuk MAGELLAN dan sebaliknya. Memang GARMIN agak mahal bermula dari RM 650 hingga RM 4000, tapi percayalah berbaloi untuk beli sebab senang untuk dapat after sales service.
OK bawah topik ni juga sy nak bgtau beli la dari penjual dari MALaYSIA kalu bole so kalu rosak just hantar kat kedai yang kita beli di MALAYSIA. Kalau beli di SINGAPORE anda kena hantar ke SINGAPORE kalu rosak. perbezaan harga tak banyak lebih kurang RM 50 hingga RM 150. TApi kalu anda hari2 pi SINGAPORE takpe, takda masalah.
ok kita jumpa dalam siri 2 saya akan terangkan tentang ciri2 penting unit GPS, mana nak dapat peta digital, kegunaan dan update peta. tq
RADIO AMATUR DAN GPS
BLOG DIWUJUDKAN ATAS MINAT SAYA TERHADAP HOBI RADIO AMATUR DAN GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS).