RADIO AMATUR DAN GPS

BLOG DIWUJUDKAN ATAS MINAT SAYA TERHADAP HOBI RADIO AMATUR DAN GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS).

My Setup

My Setup
Inilah setup sy sekarang..ini je yg mampu

My Gps Setup

My Gps Setup
My handheld GPSr

Friday, October 24, 2008

MEMIILIH GPS UNTUK DIBELI SIRI 2

alhamdulillah ada respon yang baik dari rakan2 tentang topik gps nie. kalu nak di kenang balik saya berminat dan belajar pasal gps dan radio amatur pada masa yang sama tahun 2000. Tapi masa tu radio amatur memang susah nak dapat info dan tak ramai rakan. GPSr lak mahal gila sampai la tahun 2003 saya beli garmin rino 110 (dah obselete) itupun beli direct dari US harga cecah rm 900..basic model lak tu.. tapi sebab minat dan nak belajar sanggup beli. Sama la dgn radio banyak dah saya pakai walkie talkie, trunk radio, radio tonto, mcm2 lagi sampi la akhirnya join scs dan dapat 9w.

Ok saya akan berikan tips untuk siri 2 ni tentang ciri2 penting GPSr atau Global Postioning Satellite Receiver (cth nuvi, legend, 76csx)... yang memolehkan kita guna GPS.. Global Postioning System. GPSr nie boleh dibahagikan kepada beberapa keadaan untuk menggunakannya:

1. GPSr untuk hanya memandu di jalanraya

Jika kita menggunakan GPSr hanya untu tujuan diatas ciri2 penting yang harus ada pada GPSr yang anda nak beli seperti

a) Turn to Turn Guidance- Turn to Turn (T2T) nie adalah fungsi GPSr yang memberi arahan kepada kita untuk membelok kiri atau kanan dan memberi panduan hingga kita sampai ke destinasi yang telah ditetapkan. Cthnya anda dari Kuala Selangor dan nak ke KLCC, anda hanya perlu set destinasi ke KLCC dan GPSr akan memberi panduan untuk belok atau masuk simpang yg betul hingga sampai destinasi. Tak semua GPSr ada function nie.

b) Auto Recalculate Route- Fungsi yang mengira semula panduan ke destinasi sekiranya anda salah masuk simpang atau salah membelok. Cthnya macam dia atas anda dah dapat panduan T2T tapi salah masuk simpang ,GPSr akan mencari laluan yang baru dan memberi panduan semula. kebanyakkan GPSr ada function nie.

c) Voice guidance- selain dari memberi arahan di screen, kalau boleh cari juga GPSr yang ada voice untuk memberi panduan pada anda semasa memandu ke destinasi. Jadi anda boleh fokus pada pemanduan. Cthnya selain di screen GPSr ada arahan atau panduan akan kuar suara " turn left in 500 meter" atau "turn left in 500 meter to Abdullah Jalan".

d) Skrin yang mudah dilihat dan GPSr boleh dipasang dgn stabil- untuk memandu di jalanraya pilih GPSr yang skrin agak mudah dilihat dan GPSr tu boleh di pasang dlm kenderaan dgn stabil, maknanya takda la just letak di atas dashboard time nak tengok baru pegang atau kejap2 GPSr tu jatuh masa kita ambik lap atau laggar bonggol. Ini semua boleh ganggu kita masa driving dan bahaya.

2. GPSr untuk belayar di laut atau memancing di laut.

a) Bluechart able- Bluechart nie adalah peta untuk dilaut yang menunjukkan kedalaman air, halangan2, pasang surut, laluan kapal dna sebagainya. kira sama mcm peta tapi di laut kita panggil chart atau carta. Ingat tak semua GPRr ada fungsi untuk menerima atau membaca bluechart jadi pastikan kalau nak guna untuk dilaut ada fungsi nie.

b) water proof dan weather resistant- nak guna kat laut mesti la water proof jadi kena air takda masalah. dan juga yang boleh float atau terapung kalu terjatuh dlm air, jadi kalu setakat waterproof tapi tak float bila jatuh dlm laut tenggelam la.

3. GPSr untuk aktiviti rekreasi darat (4wd, jungle trekking, mountain climbing, memburu, dll).

a) Track log able- Ini adalah fungsi dimana kalau dalam hutan kita boleh simpan track yang kita lalui dan disimpan dlm GPSr. Gunanya track log ini adalah untuk kita gunakan sebagai panduan jika ke kawsan hutan yang sama jadi kita tau nak lalu mana. maklum la dlm hutan mana ada signboard. Dan juga berguna bila kita sesat, jadi kita boleh guna track yang kita simpan untuk patah balik dan keluar dari kawasan tersebut. tak semua GPSr ada function nie dan kebanyakkan siri nuvi takda function nie.

b) Boleh guna battery biasa- pastikan GPSr untuk aktiviti luar nie boleh guna battery biasa. bukannya hanya batery built in yang hanya boleh di charge. jadi bila kita kat tengah hutan boleh la still guna kalu batery abis just tukar batery je, tapi kalu guna batery built in camne nak charge dlm hutan?

c) water proof- jadi bole guna time hujan...

d) chip sirf 3- pilih la GPSr yang guna paling kurang chip sirf 3. chip sirf 3 nie adalah chip yang kesan satellite untuk beri lokasi kita. chip sirf 3 ni amat sensitif dan mudah nak kesan satellite so dlm hutan yang banyak pokok kita masih boleh guna lagi. masa saya memula main GPS nie GPSr saya bukan chip sirf 3 (masa tu kalu GPSr guna chip nie mahal gila) tapi sy guna banyak untuk trekking so asyik tak dpt signal satellite rasa mcm nak buat bahan bakar je hehehe.

e) Topo map compatibility- boleh membaca data dari peta topo.

Sebagai kesimpulan, diatas adalah tips atau panduan untuk beli GPSr. fungsi2 diatas adalah yang penting dlm memilih GPSr. Tapi bukan hanya fungsi2 diatas je yang GPSr nie ada, tapi yang diatas adalah yang penting. Jadi rakan2 pilih la kalu nak guna untuk memandu di jalanraya dan untuk aktiviti rekreasi tengoklah ciri2 penting diatas dan gabungkan dan cari model yang sesuai.

Untuk guna GPS gabungkan garmin mobile xt dgn smartphone sama ada symbian atau window mobile akan saya terangkan di siri seterusnya

Ada beberapa model yang boleh saya rekomen dgn harga yang rendah atau sederhana (kalu nak sy rekomenkan GPSr dgn harga yang lebih mahal email sy la heheh):

Untuk memandu di jalanraya sahaja boleh pilih Garmin dari siri Nuvi 200w atau 205w

Untuk kegunaan dilaut Garmin dari siri GPSMAP 76csx atau Nuvi 550

Untuk kegunaan rekreasi Garmin GPSMAP 76csx atau GPSMAP 60csx atau dari siri Etrex

Untuk kegunaan semua keadaan di atas GPSMAP 76csx, Nuvi 550 (highly recommend coz harga yang ok dan fungsi yang complete)

SY TERPAKSA TERANGKAN PASAL TOPIK PETA DALAM SIRI 3. TQ